Friday 16 January 2015

IKAU LIANA JAMIL lirik






Ikau
ikau koi kesayonganku

Ikau
landuh pio monai

Ikau
alom nupi nupiku

Ikau pengobat ataiku
slalu ku mikir

aro koi ikau
lemiwag mu aku huhhh

gudtam koi aku
kemmo ikau begundom

aro koi sagau
aku tatop nong niun

LIANA JAMIL






Thursday 15 January 2015

suku kaum IDAHAN

Assalamualaikum dan hai kepada semua warga Malaysia!! hmm,, untuk pengetahuan anda semua ini adalah topik pertama yang ingin saya sampaikan..biasalah baru buat blog sendiri..hihihi..kalau korang tak faham sangat apa yang saya tulis ni saya minta maaf sangat2 maklumlah saya tak reti nak bercakap semenanjung..lagi2lah nak bercakap dikhalayak ramai mestilah malu nak cakap semenanjung..dah terbiasa dengan loghat sabahan tu..hihihi..apa2pun kene lah jugak kan bercakap semenanjung sikit2 apatah lagi ramai kawan kat UITM ne..but kebanyakannya adalah jugak orang sabah disitu kan.. haaa! kan dah lari topik nii..tak pasal2 lah minah ne kan..haha.. okey topik yang saya ingin sampaikan sebenarnya adalah untuk memperkenalkan suku kaum idahan.. haaa? IDAHAN?? apa tu idahan?? haiwankah atau makanankah!! haaa jangan silap kat situu.. ACTUALLY,, Idahan ni adalah suku kaum yang terdapat di dalam negeri Sabah yang berada ditempat Lahad Datu sahaja..kg.Segama, kg.tungku dan di kg.Sapagaya..



Lahad Datu Sabah
kalau korang nak tahu,,di Lahad Datu ne ada jugak tempat yang menarik such as, Menara Kayangan, Lembah Danum dan lain-lain.. okey,,suku kaum Idahan kalau korang tgok kan,, sebenarnya interesting walaupun ramai yang tidak tahu menahu tentang suku kaum Idahan yang mempunyai bahasa percakapan sendiri yang hampir sama dengan suku kaum KadazanDusun..mereka juga sebenarnya mempunyai keunikan adat tersendiri dan mereka juga saling mengamalkan sikap tolong-menolong dan bertolak ansur...The most that i like is Tarian Idahan!! For your information,, tarian diorang perrghhh,, memang cantik and lawa gilerrr.. tak pernah saya melihat tarian sebegitu dengan memainkan alat-alat muzik seperti kulintangan,gendang,gong dan tontong.. apa tu tontong?? actually i didnt know what it is.. haha!! okeyy...kalau korang lihat,, lebih kurang sama sahaja dengan kadazandusun tetapi baju dan tarian sahaja yang nampak berbeza!!!


pakaian tradisi idahan..yang ne my cousin semasa membuat
video lagu lajenda madai
pakaian tradisi Idahan juga yang berwarna merah..huhh
cantik tak?
Taraaaa!! ni lah pakaian tradisi Idahan untuk lelaki
yang hujung sebelah kanan tu my uncle usuk
yang ne pula pakaian tradisi Idahan untuk perempuan..gadis yang berdiri
kat kedua dari kiri tu my aunty Farah..pick a wife??haha copy paste je








haihai! dah nampak kan pakaian tradisi idahan??? lawa tak?? saya pun terpegun melihat pakaian drg ne.. pakaian ini digunakan semasa majlis perkahwinan, keramaian, dan juga masa2 yang tertentu,, terutamanya penari2 idahan yang sering memakai pakaian tersebut.. sebenarnya bukan itu sahaja design pakaian idahan tetapi byk lagi pakaian yg korang tak tahu...beside that,, anak2 dara yang berketurunan idahan memiliki rupa yang cantik dan flawless skins gitouww...tidak kurang hebat jugak monai(lelaki) memiliki paras yang boleh tahan jugak bah... hehehe...


CERITA PAYAU EMAS DI GUA MADAI

Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang Ketua Kaum Idahan yang mempunyai kekuasaan yang sangat besar bermula dari Sungai Kinabatangan sehinggalah ke perairan Pulau Temburung di Daerah Semporna. Beliau bernama " Nenek Apoi" yang bermaksud " Api " dalam Bahasa Idahan. Nenek Apoi juga merupakan seorang Wira ataupun Pahlawan dikalangan Suku Kaum Idahan ketika itu.
Nenek Apoi mempunyai seorang isteri yang Bernama Liungayoh yang bermaksud 'Perempuan Besar" dalam Bahasa Suku Kaum Idahan dan menurut cerita ia mempunyai Tiga Orang Anak yang tinggal di Sungai Segama, Sungai Tungku dan juga Sapagaya. Ini bererti Nenek Apoi tidak menetap di suatu kawasan, ia sering pergi ke tempat tinggal anak-anaknya.
Pada suatu hari isteri Nenek Apoi yang tengah sarat mengandung telah mengidam ingin memakan Hati Payau. "Apoi, aku mahulah makan Hati Payau, kata isterinya Liungayoh". Nenek Apoi pun bersetuju. " Kalau begitu kenalah aku pergi memburu Payau tu Liun" kata Nenek Apoi. Pada keesokan harinya Nenek Apoi bersama anjing kesayangannya yang bernama Siyud Rapot bertolak dengan berbekal sebilah Tombak dan makanan serta minuman yang dibekalkan oleh isterinya Liungayoh.
Nenek Apoi pun pergilah berburu, sehari suntuk Nenek Apoi berjalan namun tidak terlihat olehnya kalibat seekor pun Payau padahal dia tahu binatang ini muda dicari. Siang bertukar malam, malam bertukar siang, Nenek Apoi mengira hari. " Aduh, sudah lima hari aku berburu, mana payau ni, hairan juga tidak nampak seekor pun. Bisik Nenek Apoi, anjing kesayanag Siyud Rapot pun keletihan.
Pada hari yang ketujuh, Nenek Apoi begitu letih. Nenek Apoi sungguh hairan kenapa tidak ada seekor pun Payau yang dia temui. Ketika asyik berfikir, Nenek Apoi tertidur. Tiba-tiba anjing Nenek Apoi, Siyud Rapot menyalak tidak berhenti-henti. Nenek Apoi terkejut, lalu melihat apa yang disalak oleh Siyud Rapot. Percaya dengan tidak, Nenek Apoi tergamam seketika kerana bersama dengan Siyud Rapot adalah seekor Payau tetapi yang menghairankan Nenek Apoi kenapa warna kulit Payau tersebut berwarna Emas. Dengan segera Nenek Apoi pun berlari ke arah Payau Emas tersebut. Kejar mengejar pun berlaku. Payau Emas tersebut sungguh pantas, namun Nenek Apoi lebih pantas bersama anjingnya Siyud Rapot.
Tiba-tiba, Payau Emas tersebut berhenti tiba-tiba, apa lagi Nenek Apoi pun membaling Tombaknya ke arah payau Emas tersebut dengan kepakaran dan ketangkasan Nenek Apoi, lembing tepat terkena payau Emas tersebut. Nenek Apoi pun mencabut parangnya lalu ingin memotong Payau Emas tersebut.
Belum sempat Nenek Apoi mahu menyembelih leher Payau Emas tersbut tiba-tiba Payau Emas itu berkata " Tolong, jangan bunuh aku, tolonglah aku", Payau Emas itu merayu. Apa lagi, Nenek Apoi pun melompat, "kau kah yang bercakap?, tanya Nenek Apoi. "Ya, aku" tolong lepaskan aku, jawap Payau Emas itu. Nenek Apoi berfikir sejenak. " Tapi, kalau aku tak bunuh kau, macam mana aku hendak membawa pulang hati kau, kerana isteri aku ingin memakan hati Payau, sudah tujuh hari tujuh malam aku berburu, sudah dapat, mana boleh aku lepaskan", kata Nenek Apoi.
Payau Emas merayu lagi, " baiklah, kalau kau lepaskan aku, aku akan berikan kau harta yang amat berharga untuk selama-lamanya sehingga anak cucu kau, ia tidak akan habis", jawab Payau Emas tersebut. "Harta!, aku tidak mahu harta, aku mahu hati kau untuk isteri aku yang mengidam" kata Nenek Apoi. "Harta itu ada didalam Gua ini, kau masuklah lihat sendiri" balas Payau Emas itu.
Nenek Apoi pun melangkah masuk, belum sempat Nenek Apoi melangkah seterusnya, bila Nenek Apoi mahu bertanya kepada Payau Emas, Payau Emas itu telah lenyap, tiada kesan darah kalaupun Payau Emas itu melarikan dirinya. Nenek Apoi pun masuk ke dalam Gua tersebut.
Sejak hari itu, harta yang dimaksudkan oleh Payau Emas itu adalah Sarang Burung Layang-Layang yang mendiami Gua tersebut, nama Gua itu ialah Gua Madai terletak di daerah Lahad Datu yang terkenal dengan panghasilan Sarang Burung sehingga keperingkat antarabangsa sehinggalah hari ini kesan darah daripada percikan darah Payau Emas terkena tombak Nenek Apoi masih kelihatan dan kesan tapak kaki serta tangan Nenek Apoi masih lagi dapat dilihat.
Begitulah cerita rakyat Daerah Lahad Datu bagaimana Nenek Apoi berjumpa dengan Payau Emas dan bertemu dengan Gua yang bernama Gua Madai.

(COPY PASTE)


haaa,, dah baca kat atas tu?? itu adalah merupakan lagenda idahan dan nenek Apoi ialah nenek moyang kepada suku kaum idahan... cerita tersebut benar2 betul tapi tak tahu pulak kalau complete kan.. arghh! tak complete ke complete yang penting saya dah menyampaikan serba sedikit tentang  lagenda Idahan...i love culture!!!


gua madai, kunak, sabah
kalau korang masuk kat gua madai ne,,korang jgn
lupa tau tgok kesan tapak kaki nenek Apoi


Masyarakat Idahan lebih mencari pendapatan daripada hasil madai iaitu memungut sarang burung apabila musim gua madai..selain itu, golongan idahan gemar membuat aktiviti kerana mereka boleh berkumpul supaya boleh mengeratkan silaturahim dan mereka rasa membuat aktiviti dari lain yang lain itu sungguh menyeronokkan.. mereka juga tidak sombong dan suka berkawan...

oleh itu,, saya tidak berasa malu untuk memperkembangkan dan memperkenalkan suku kaum idahan yang semakin tidak dikenali orang ramai di negara Malaysia.. saya berharap satu hari nanti kaum ini akan terus berkekalan di generasi seterusnya dan berharap kaum ini akan lebih terkenal..saya juga berbangsa Idahan tapi mix lahhh...hehehe...


lihat video usur-usur madai(lajenda madai) :